dicatat oleh: alif la mim
Saya ada terjumpa gurindam ini beberapa hari yang lepas. Mari kita hayati bersama maksud yang tersirat.
Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.
Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.
Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!
Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!
Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.
Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.
Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi pakaian.
Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.
Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak mendapat tempat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.
Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah & pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.
Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.
Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.
Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.
Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.
Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.
Bangsa Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.
Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.
Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.
Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkedu.
Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’.
Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?
Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?
Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.
Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!
Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
‘Takkan Melayu hilang didunia’!!
Kalau anda adalah seorang yang minat dengan sejarah anda pasti dapat menangkap beberapa maksud tersirat yang cuba disampaikan dalam gurindam ini. Power..siot!!!
Thursday, December 10, 2009
Saturday, December 5, 2009
Rayban!
Rayban!
Rayban-Made in Italy!
sunglass!
''Rayban sunglass made in italy,Siap kotak,kain dan bekas Rm69.90 jerk termasuk kos penghantaran,kat luar harga biasa Rm130.00,kawan sy sendiri pegi tgk kat kedai speak mata,dia macam percaya jerk!jadi,apa lagi dia pegi sana,last-last dia sendiri terkejut dengan harga yang ditawarkan sy!design semua sama mcm yang sy jual,jgn lepaskan peluang berharga ini.

Banyak design cantik-cantik!
smart!kacak dan bergaya!
Kotak yang mengancam!
Ada bekas!kain lap cermin mata!pakat mai ramai-ramai.
Jangan terkejut yerk!gurl pun ada yang pakai rayban taw!
untuk lelaki yang berhasrat nak jadi seperti brad pitt!
Selain itu jugaPembelian secara borong adalah digalakkan,dan kami sangat mengalukan peniaga -peniaga pasar malam,downtown,uptown dan semua peniaga untuk menjadikan kami sebagai pembekal.
Harga boleh nego!dengan serendah-rendah yang mungkin!
segala pertanyaan dan pembelian boleh menghubungi
0145136007 (Syah)
sunglass!
''Rayban sunglass made in italy,Siap kotak,kain dan bekas Rm69.90 jerk termasuk kos penghantaran,kat luar harga biasa Rm130.00,kawan sy sendiri pegi tgk kat kedai speak mata,dia macam percaya jerk!jadi,apa lagi dia pegi sana,last-last dia sendiri terkejut dengan harga yang ditawarkan sy!design semua sama mcm yang sy jual,jgn lepaskan peluang berharga ini.

Banyak design cantik-cantik!
Kotak yang mengancam!
Ada bekas!kain lap cermin mata!pakat mai ramai-ramai.
Jangan terkejut yerk!gurl pun ada yang pakai rayban taw!
untuk lelaki yang berhasrat nak jadi seperti brad pitt!
Selain itu jugaPembelian secara borong adalah digalakkan,dan kami sangat mengalukan peniaga -peniaga pasar malam,downtown,uptown dan semua peniaga untuk menjadikan kami sebagai pembekal.
Harga boleh nego!dengan serendah-rendah yang mungkin!
segala pertanyaan dan pembelian boleh menghubungi0145136007 (Syah)
Thursday, December 3, 2009
Wednesday, December 2, 2009
Skema Jawapan
(b). List and explain four (4) criteria of development’s industry.
Senaraikan dan jelaskan empat (4) ciri industri pembinaan.
(8M)
Jawapan:
(i). Bentuk pengeluaran fizikal yang dihasilkan
Barangan akhir adalah besar, berat, mahal, memerlukan kawasan geografi yang luas dan tidak boleh berubah dari segi letaknya. Perubahan hanya berlaku dari segi hakmilik sahaja.
(ii). Organisasi terlibat
Industri pembinaan melibatkan pelbagai pihak samada pengelibatan secara langsung dan tidak langsung. Pihak-pihak terlibat adalah seperti pihak pemaju, juruperunding, kontraktor dan pihak kerajaan.
(iii). Permintaan untuk industri pembinaan
Industri pembinaan diminta untuk berbagai tujuan dan boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan utama iaitu:
· Untuk pengeluaran seterusnya seperti bangunan kilang
· Pembangunan infrastruktur – jalan, jambatan dan sebagainya.
· Pelaburan social – masjid, hospital dan lain-lain
· Kegunaan sendiri – rumah kediaman
(iv). Kaedah dan penentuan harga
Penentuan harga barangan yang dihasilkan oleh industri binaan bergantung kepada harga lain-lain factor seperti harga tanah, bahan binaan dan cukai.
Q1)Give the defination of development?
Pembangunan didefinasikan satu proses membaiki,mengubah,merobohkan,mendirikan semua jenis bangunan dan struktur kejutraan awam.Ia meliputi kerja-kerja di atas tapak bina sahaja dan tidak termasuk kerja-kerja di luar tapak
Q2)List and explain four 4 criteria of development industry?
Answer
a)Bentuk pengeluaran fizikal yang dihasilkan
Barangan akhir adalah besar, berat, mahal, memerlukan kawasan geografi yang luas dan tidak boleh berubah dari segi letaknya. Perubahan hanya berlaku dari segi hakmilik sahaja.
Organisasi terlibat
Industri pembinaan melibatkan pelbagai pihak samada pengelibatan secara langsung dan tidak langsung. Pihak-pihak terlibat adalah seperti pihak pemaju, juruperunding, kontraktor dan pihak kerajaan.
Permintaan untuk industri pembinaan
Industri pembinaan diminta untuk berbagai tujuan dan boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan utama iaitu:
· Untuk pengeluaran seterusnya seperti bangunan kilang
· Pembangunan infrastruktur – jalan, jambatan dan sebagainya.
· Pelaburan social – masjid, hospital dan lain-lain
· Kegunaan sendiri – rumah kediaman
Kaedah dan penentuan harga
Penentuan harga barangan yang dihasilkan oleh industri binaan bergantung kepada harga lain-lain factor seperti harga tanah, bahan binaan dan cukai.
(12M)
(c). There are three (3) different types of tender. Explain.
Terdapat tiga (3) jenis tender yang berbeza. Bincangkan.
(10M)
Jawapan:
Tiga jenis tender adalah tender terbuka, tender terpilih dan tender rundingan.
Tender terbuka – ia terbuka kepada semua kontraktor yang berdaftar dalam kelas dan di bawah tajuk dan tajuk kecil yang diperlukan bagi sesuatu tender yang diiklankan melalui akhbar tempatan ataupun di pamerkan pada papan kenyataan pelanggan.
Tender terpilih – hanya ditawarkan kepada kontraktor-kontraktor yang benar-benar berkebolehan dan mampu menyempurnakan sesuatu projek. Tender ini ditawarkan berdasarkan keperluan-keperluan berikut:
· Kerja khusus yang memerlukan kepakaran tertentu seperti menanam cerucuk.
· Projek perlu disipkan segera di mana hanya kontraktor yang berkemampuan sahaja dibenarkan menyertai tawaran. Tujuan adalah untuk mengurangkan risiko.
Tender rundingan – adalah tender yang tidak diiklankan tetapi disewakan terus kepada kontraktor yang dipilih. Cara ini bertujuan menjimatkan kos kerana pelanggan tidak perlu memproses tender. Untuk mempastikan mutu kerja yang tinggi serta kerja dapat disiapkan dalam masa yang singkat, pemilihan kontraktor dibuat berdasarkan hasil kerja yang lepas, beberapa kontraktor mungkin dipilih dan rundingan dilakukan dengan semua kontraktor ataupun salah satu daripada mereka.
Q2. (a). Explain the two (2) types of building foundation.
Jelaskan dua (2) jenis asas bangunan.
(8M)
Jawapan:
Dua jenis asas ialah :
Asas cetek – ialah apabila dalamnya lebih kurang atau bersamaan dengan lebarnya. Fungsinya adalah untuk mengagihkan beban kepada tanah secara mendatar dan berdekatan dengan permukaan tanah sahaja. Jenis-jenis asas cetek ialah asas jalur, asas rakit dan asas alas tiang.
Asas dalam – ialah apabila kedalamannya melebihi lebarnya. Pengagihan beban oleh asas dalam ialah kepada tanah yang jauh daripada permukaan tanah. Jenis asas ini ialah asas cerucuk.
(b). What is raft foundation? Briefly discuss the two (2) types of reft foundation. Help your discussion with the relevant diagram.
Apakah asas rakit? Bincangkan dengan ringkas dua (2) jenis asas rakit. Bantu perbincangan anda dengan lakaran-lakaran rajah yangs sesuai.
(12M)
Jawapan:
Asas rakit adalah suatu asas yang terdiri daripada rangka konkrit bertetulang yang meliputi keseluruhan bawah bangunan. Asas jenis ini digunakan bagi tanah yang mempunyai keupayaan tanggung beban yang rendah seperti tanah lombong, tanah liat lembut, tanah timbusan yang mana tekanan yang sama daripada asas bangunan mesti disebarkan ke tanah seberapa luas yang boleh.
Di samping itu, ia juga digunakan sabagai satu alternatif untuk memudahkan kerja-kerja pembinaan bagi struktur yang disokong oleh tiang-tiang yang tersangat rapat yang mana asas alas tiang sangat berdekatan di antara satu sama lain.
Asas jenis ini dibina meliputi seluruh kawasan di mana bangunan itu didirikan, maka perbezaan pemendapan di sesuatu bahagian tanah tersebut dapat dikurangkan dan keretakan kepada bahagian-bahagian tersebut dapat dielakan.
Asas rakit dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
Asas rakit rata – lantai asas rakit dituangkan di atas dasar lapis konkrit biasa dan lapisan kalis lembap. Ketebalan asas ini 300 mm. Lantainya diperkuatkan dengan dua lapisan tetulang. Jika tanah mempunyai keupayaan galas yang memuaskan untuk menanggung beban maka tidak perlu diletakkan tetulang pada asas ini.
Asas rakit tebal di tumit – digunakan untuk tanah yang mempunyai kemampatan yang rendah maka tumit yang lebar akan dibina. Kaedahnya dengan membina rasuk sisi yang kuat untuk menyokong tumit asas yang besar dan direkabentuk sedemikian rupa supaya rakit tidak kelihatan.Asas konkrit diperkuatkan dengan rasuk sisi konkrit bertetulang di bawah dinding luar dan ianya ditebalkan di bawah dinding dalam galas beban.
Q3. (a). Give the definition of flat roof and mention five (5) advantages and five (5) disadvantages.
Berikan definisi bumbung rata dan nyatakan lima (5) kebaikan dan lima (5) eburukannya.
(12M)
Jawapan:
Bumbung rata merujuk kepada binaan bumbung yang dicuramkan sedikit pada bahagian atasnya untuk mengalirkan air hujan yang diterima dan mengelakkan air bertakung. Kecerunannya tidak boleh melebihi 10 darjah. Siling dipasangkan secara langsung pada bahagian bawah kasau. Kasau dipasangkan secara mendatar.
Kebaikannya:
1) The roof can be used as terrace for playing or for sleeping or for others demostic purpose.
2) The construction and maintenance of the flat roof is simpler.
3) It provides better architectural appearance to the building.
4) It is easier to make the flat roof fire resistant.
5) It possesses good insulating properties.
6) It avoids the need of false ceiling.
7) The construction work of upper floor can be readily taken up in case of flat roof.
Keburukan:
1) A flat roof cannot be used for long spans without using columns and beams.
2) In the areas of heavy rainfall, the flat roofs are not suitable.
3) Initial cost is more.
4) Due to greater variations in the temperature, sometimes cracks develop on the surface of the roof, which is difficult to repair.
5) The speed of construction is slower than that a pitched roof.
6) If proper slope is not provided on the roof to drain off the rain water, pockets of water are formed on the surface of the roof which leads to the leakage of the roof.
(b) Write short notes on the following:
(i). Couple roof
(ii). Couple closed roof
(iii). Valley rafter
(iv). Jack rafter
Support your answers with relevant diagrams.
Tuliskan nota ringkas ke atas yang berikut:
(i). Bumbung ganding
(ii). Bumbung ganding tertutup (terikat)
(iii). Kasau lurah
(iv). Kasau pendek
Bantu jawapan anda dengan lakaran yang sesuai
(8M)
Jawapan:
| Bumbung ganding |
· kedua-dua kasau di kedua-dua perabung kelihatan seperti tangan yang digandingkan
|
| Bumbung ganding tertutup |
|
| Kasau lurah |
|
| Kasau pendek (jantan) | Didapati pada tiga tempat iaitu: (a) kasau pendek limas yang terletak pada tutup tiang di bahagian bawah. Manakala kasau limas di bahagian atas (b) kasau pendek lurah di mana ia dipasangkan di antara kasau lurah dan tutup tiang (c) kasau cripple iaitu ia dipasangkan antara kasau limas dan kasau lurah. (tunjukkan kedudukan pada lakaran rajah bumbung) |
Q4. (a). Briefly describe two (2) methods of obtaining the soil samples in land investigations.
Bincangkan secara ringkas dua (2) kaedah digunakan untuk mendapatkan sampel tanah dalam kerja-kerja penyiasatan tanah.
(8M)
Jawapan:
Dua kaedah yang digunakan untuk memperolehi sample tanah iaitu:
(i). Gerudi
kaedahnya adalah dengan menekan gerudi masuk ke dalam tanah sehingga mencecah ke tahap / kedalaman tertentu, kemudian dikeluarkan dan tanah melekat pada gerudi diambil untuk kajian dan pemeriksaan. Kemudian gerudi dimasukkan semula ke dalam lubang dan kerja pengorekan dilakukan lagi untuk mendapatkan contoh tanah. Gerudi boleh dimasukkan hingga ke dalaman 4.5 meter hingga 6 meter dari paras tanah. Melalui kaedah ini, paras air dalam tanah juga dapat diketahui.
(ii). Pengujian Cara Lubang
Adalah satu pengorekan terbuka untuk menunjukkan ‘profile’ tanah dengan kedalaman yang terhad. Ia dilaksanakan menggunakan tenaga buruh (manusia) ataupun mesin. Tujuannya adalah untuk mengetahui dengan mendalam mengenai jenis-jenis tanah dan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Melalui kaedah ini juga paras air dalam tanah dapat ditentukan.
Lubang dikorek dengan keluasan sekitar 1.4 meter persegi untuk membolehkan tangga dimasukkan ke dalamnya yang membolehkan perlaksanaan pemeriksaan lengkap. Lubang ini dikorek dengan kedalaman 3.5 meter. Jika jentera pengorek digunakan di tanah yang baik maka kedalaman korekan tanah boleh mencecah hingga 8 meter.
(b). Discuss four (4) different types of drainage system at the site. Support your answers with relevant diagrams.
Bincangkan empat (4) sistem peparitan yang berbeza di tapak bina . Bantu jawapan anda dengan lakaran yang sesuai.
Jawapan:
Jenis-jenis sistem peparitan yang berbeza adalah :
(i). Sistem semulajadi – paip-paip diletakkan secara bersambung-sambung mengikut
lekukan dan lembah tanah dan bersambung kepada longkang utama seperti anak sungai bersambung ke sungai utama.
(ii). Sistem tulang belut – paip-paip disusun bersiri seperti bentuk tulang belut dan cawangan yang tidak melebihi 30 meter panjangnya. Ianya mengalirkan air mengikut kecerunan tanah ke parit utama sebelum bersambung pada suatu sudut yang tertentu. Sistem ini digunakan dengan meluasnya oleh kerana boleh
disambungkan dengan saliran tanah di sekitar bangunan.
(iii). Sistem grid – parit cawangan dan parit utama diletakan dalam bentuk grid segiempat dengan cawangannya disambung kepada satu sisi parit utama yang terdapat di sempadan tanah tersebut.
(iv). Sistem berbentuk kipas – Cawangan-cawangan berbentuk kipas bersambung ke satu parit utama di sempadan tapak bina.
(v). Sistem moat – parit-parit diletakkan pada satu atau beberapa sisi bangunan yang mana akan bertemu dengan aliran air tanah.
(12M)
Q5. (a) Give the definition of window and explain briefly the characteristics of a good window.
Berikan definisi tingkap dan jelaskan dengan ringkas ciri-ciri tingkap yang baik.
(8M)
Jawapan:
Definisi Tingkap:
Ialah satu bukaan yang dibuat pada dinding atau bumbung untuk membolehkan cahaya matahari masuk menerusinya. Antara lim (5) ciri yang diperlukan oleh sesebuah tingkap adalah sebagaimana berikut:
i. Kekuatan
ii. Penghalang angin dan hujan
iii. Penebat kepanasan
iv. Penenbat bunyi
v. Rintangan api.
(b). Briefly elaborate four (4) types of windows. Support your answers with relevant diagrams.
Bincangkan secara ringkas empat (4) jenis tingkap. Sokong jawapan anda dengan lakaran-lakaran yang sesuai.
(12M)
Jawapan:
Tingkap terbahagi kepada empat jenis iaitu tingkap berengsel, tingkap berpangsi, tingkap gelangsar dan tingkap majmuk.
(i). Tingkat berengsel
dibina dengan meletakkan engsel di sebelah tepi atas, bawah dan rangka. Tujuan penggunaan engsel adalah untuk membolehkan bukaan pintu dibuat samada keluar ataupun masuk. Jenis-jenis tingkap dalam kategori ini ialah:
· Daun tingkap kaca gantungan sisi membuka keluar
· Bangkai daun tingkap gantungan atas membuka di luar
· Bangkai daun tingkap gantungan bawah membuka ke dalam.
(ii). Tingkap berpangsi
Tingkap ini dibina dengan pemindang berpangsi, pemindang-pemindang tersebut boleh dipangsi mengufuk atau menegak untuk dibuka.. tingkap-tingkap dalam jenis ini aialah:
· Berpangsi mengufuk atau melintang
· Berpangsi menegak
· Ram
(iii). Tingkap gelangsar
Jenis-jenis tingkap gelangsar adalah sebagaimana berikut:
· Gelangsar menegak
· Gelangsar mengufuk
(iv). Tingkap majmuk
Jenis-jenis tingkap dalam kategori ini ialah:Jenis-jenis tingkap dalam kategori ini ialah:
· Unjuran gantungan sisi (berbingkai)
· Unjuran gantungan atas
· Gelangsar berlipat.
Tingkap gantungan sisi mempunyai bingkasi segiempat sama ataupun segiempat tepat yang diperbuat daripada kayu. Daun tingkap diengsel pada satu sisi supaya boleh dibuka ke dalam ataupun ke luar.
Struktur tingkap terdiri daripada:
· Jenang
· Kepala
· Engsel
· Ambang
· Pemindang tingkap
· Daun tingkap
Q6. (a). Briefly elaborate the following types of bond:
(i). Brick Facing Bond
(ii). Header bond
Illustrate your answers with the suitable diagram.
Huraikan dengan ringkas jenis-jenis ikatan bata berikut:
(i). Ikatan muka bata
(ii). Ikatan kepala bata
Bantu jawapan anda dengan lakaran rajah yang sesuai.
(10M)
Jawapan:
(i). Ikatan muka bata
Ikatan yang menunjukkan permukaan sisi bata sahaja . digunakan pada tembok yang tebalnya ½ bata contohnya tembok sekatan ataupun tembok yang tidak menanggung beban.
![]() |
(ii). Ikatan Kepala Bata
a. Pembinaan dinding/tembok menggunakan susunan kepala bata. Ia sesuai digunakan untuk binaan asas/tembok berbentuk bulat ataupun melengkung.
![]() |
(b). Point out the differences in English bond and Flemish bond. Illustrate your answer with suitable diagrams.
Tunjukkan perbezaan di antara ikatan bata Inggeris dan ikatan bata Flemish. Bantukan jawapan anda dengan lakaran yang sesuai.
(10M)
Jawapan:
Ikatan Inggeris
§ Terbahagi kepada dua jenis iaitu ikatan tembok taman Inggeris dan ikatan tembok taman flemish.
§ Ikatan tembok taman Inggeris diikat menggunakan satu lapisan kepala bata diikuti dengan 3 hingga 7 lapisan sisi bata.
§ Ikatan ini dibuat secara berselang-seli sehinggalah tembok ataupun dinding bangunan siap.
![]() |
Manakala Ikatan Flemish pula terbahagi kepada dua iaitu ikatan Flemish berkembar dan ikatan Flemish tunggal. Terdiri daripada susunan kepada bata dan sisi bata yang disusun secara berselang-seli dalam satu lapisan yang sama. Bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru di sudutnya.
![]() | ||||||
|
| |||||
Subscribe to:
Comments (Atom)




.jpg)









