Tuesday, December 1, 2009

Asas dalam bangunan




assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas pelawat-pelawat blog ini,akhirnya siap juga blog yang hendak dihasilkan ini,sebenarnya blog ini dihasilkan untuk mempromosi barangan yang dijual oleh kami-addin global resources yang menjual barangan kasut-kasut bundle,baru,jersi,beg laptop dan mcm-mcm lagi,ini cuma sampingan jerk,sebenarnya bisnis addin global resources ialah membekalkan segala mcm jenis pasir sama ada pasir kotor,pasir sungai dan lain-lain.

untuk buat pertama kalinya ini sy akan postkan blog tentang asas dalam bangunan yang merupakan cetusan ilham dari final exam yang nak dekat ini jadi alang-alang menyeluk pekasam dan menyelam sambil minum air,ambil jalan yang bijak untuk revision apa yang saya telah pelajari dengan menulis blog.

berbalik kepada cerita asal asas bangunan merupakan bahagian yang paling penting bagi sesebuah bangunan.tiap bangunan bermula dari asasnya,oleh sebab itu asas menentukan kejayaan atau kegagalan pembinaan bangunan tersebut.asas bagi sesebuah bangunan ialah bahagian paling bawah terletak diatas tanah menangungnya,asas mengandungi struktur bangunan di bawah tanah termasuk penapak dan cerucuk digunakan.


fungsi asas-menagihkan beban bangunan itu supaya ditanggung oleh tapak tanah yang lebih luas.
-mencegah bangunan itu dari mendap akibat gerakan atau hakisan.
-mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan itu.
-menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan pusat gravitinya:inilah sebabnya asas bangunan dibina ke dalam tanah.

Faktor yang mempengaruhi rekabentuk dan saiz asas:

1) keadaan fizikal tanah-keupayaan tangungnya.
2) Beban bangunan termasuk beban hidup(beban yang boleh dialihkan),beban mati(beban yang tidak boleh dialihkan) dan beban angin(udara,cuaca dan hujan) yang ditangung.
3) ekonomi-perbandingan kos diantara jenis-jenis asas yang boleh digunakan.

jenis asas-

a) asas hampar
b) asas jalur
c) asas alas tiang
d) asas bertangga
e) asas rakit
f) asas cerocok


a) asas hampar

-digunakan secara meluas kerana kelebihannya lebih ekonomi dari segi pembinaan.
-sesuai digunakan pada tanah yang mempunyai keupayaan tanggung yang sederhana tinggi untuk menanggung satu tiang atau satu tembok bagi bangunan yang ringan.

-asas ini dibina sekurangnya 600mm di bawah aras tanah(bagi jenis tanah liat) dengan lebarnya 3 kali tebal tembok atau 2 kali tebal tembok + 300mm untuk tembok yang mempunyai penapak atau ujuran.

- manakala tebal konkritnya adalah sama dengan tebal tembok.

b) asas jalur

-asas jalur menyokong dua tiang di mana satu daripadanya terletak berhampiran dengan garis sempadan atau bersebelahan dengan bangunan sedia ada.

c) asas alas tiang

-dikenali juga sebagai asas pad.

-Dalam pembinaan ringan yang berangka asas jenis ini digunakan untuk menyokong tiang- tiangnya.

-Di dalam tiang konkrit perlu ada tetulang dan bata pula diadakan unjuran untuk memastikan kestabilan.

-asas ini terletak di atas lapisan tanah yang mempunyai keupayaan tanggung yang mencukupi ataupun di atas cerucuuk jika tanahnya jenis tanah gambut.

c) asas bertangga

-asas ini dibuat berupa tangga.
-untuk menyesuaikan kedudukan tapak yang curam disamping mengawal kos pembinaan bangunan.

peraturanya perlu mematuhi beberapa peraturan berikut:

-tiap-tiap anak tangga hendaklah seragam.
-naiknya hendaklah seragam dan sebaik-baiknya tidak melebihi 1 meter.
-cerucuk konkrit harus diadakan pada hadapan tangga yang paling bawah untuk mencegah asas ini dari tergelincir.

d) asas Rakit

-Didirikan diatas tanah yang keupayaan tanggungnya yang rendah.

-Dibina dengan cara mengeluarkan tanah yang lembut dari keseluruh tapak dan kemudiaan membina konkrit bertetulang pada tapak berkenaan sebagai asas.

-pembinaan ini dikenali sebagai asas rakit.

-sesuai digunakan untuk bangunan besar yang berat terutamanya bangunan yang mempunyai tingkat bawah tanah.

-Pembinaannya meliputi keseluruhan kawasan bangunan.

d) asas cerucuk

-terdiri daripada tanah lembut.
-keupayaan tanggungnya tidak mencukupi.
-cara diambil untuk menguatkan keadaan tanah dengan salah satu daripadanya menggunakan cerucuk
-cerucuk digunakan bersama satu jenis asas yang lain,biasanya alas tiang atau rakit.

-cerucuk ini dibahagikan 2 kumpulan iaitu:

a) cerucuk tanggung-cerucuk ini dimasukan kedalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras atau lapisan batu yang berupaya menangung bebanya.cerucuk-cerucuk ini merupakan tiang- tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk iyanya menanggung kesemua beban bangunan.beban bangunan tersebut akan diagihkan ke atas tanah atau batu yang menyokongnya.

b) cerucuk geseran-cerucuk ini ditanggung oleh daya geseran di antara tanah dan permukaan cerucuk.oleh sebab itu bahan yang digunakan untuk cerucuk ini haruslah mempunyai permukaan yang kasar dan jarak diantara cerucuk-cerucuk hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan cerucuk.



































No comments:

Post a Comment